Lelaki serang polis ketika cuba melarikan diri - Utusan Malaysia

Lelaki serang polis ketika cuba melarikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU – Seorang lelaki yang cedera pada bahagian kaki kiri akibat ditembak nekad merempuh kawalan polis dengan menghayunkan sebilah parang ketika cubaan melarikan diri di kawasan bukit kebun kelapa sawit Kampung Betik di sini semalam.

Suspek berusia 36 tahun itu diberkas pasukan polis pada kedudukan 800 meter dari lokasi dia menyembunyikan diri kira-kira pukul 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner, Nasri Mansor berkata, dalam serbuan terbabit suspek bertindak agresif dengan menyerang anggota polis menggunakan sebilah parang sehingga pihak berkuasa terpaksa melepaskan tembakan amaran bagi melindungi diri.

“Tangkapan ini dilakukan selepas menerima laporan bahawa suspek berkeliaran di kawasan perumahan Taman Sri Perdana dengan membawa senjata tajam yang boleh membahayakan keselamatan penduduk.

“Suspek telah bersembunyi di sebuah pondok di kawasan bukit kebun kelapa sawit dan enggan turun. Ketika serbuan, lelaki berkenaan menghayunkan parang kepada anggota polis bertugas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Nasri, tembakan terpaksa dilepaskan untuk mempertahankan diri namun, terkena pada kaki kiri suspek.

Biarpun dalam keadaan cedera, suspek tetap merempuh kawalan polis dan melarikan diri sejauh 800 meter sebelum tumpas.

Menurut Nasri, hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan terlibat dengan lima kes khianat pecag cermin rumah dan kereta di kawasan perumahan Taman Sri Perdana dekat sini.

Suspek kemudiannya, dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN