KUANTAN – Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan kerana memuat naik komen jelik di laman sosial Facebook berhubung kejadian dua anggota polis maut kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh di jeti ikan ditahan di sebuah rumah di Kampung Parit Tengah, Pekan dekat sini pada pukul 10.30 malam semalam. Katanya, suspek didakwa meninggalkan komen…










