Lelaki maut kereta dirempuh lori - Utusan Malaysia

Lelaki maut kereta dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Seorang pemandu kereta maut selepas melanggar sebuah lori yang terbabas memasuki laluannya dalam kejadian di Kilometer 288.3 Lebuh Raya Utara Selatan, di Bukit Mahkota, Kajang dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 35 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

AHMAD DZAFFIR MOHD. YUSOF
AHMAD DZAFFIR MOHD. YUSOF 

“Kejadian berlaku apabila lori yang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Nilai itu terbabas berikutan tayar kenderaan itu pecah mengakibatkan pemandunya gagal mengawal sehingga memasuki laluan bertentangan.

“Ketika itu, terdapat dua kereta jenis Honda City dan Perodua Myvi di laluan tersebut yang dirempuh lori terbabit sehingga mengakibatkan seorang daripada pemandunya tersepit dan cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ahmad Dzaffir, pemandu Perodua Myvi hanya mengalami cedera ringan dan dirawat oleh pembantu perubatan dari Hospital Serdang.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN