Lelaki maut dihempap jengkaut, bomba ambil masa lebih 15 jam keluarkan mangsa - Utusan Malaysia

Lelaki maut dihempap jengkaut, bomba ambil masa lebih 15 jam keluarkan mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERIAN – Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap oleh jentera berat yang dikendalikan dalam satu kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Rayang di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Thian Shee Hiun, 70, disahkan meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan dari bawah jentera berkenaan pada pukul 3.22 petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.31 tengah malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan daripada majikan mangsa, sepasukan anggota lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian telah diarahkan ke lokasi untuk melakukan operasi mengeluarkan mangsa.

Tambah beliau, pihak bomba mengambil masa lebih daripada 15 jam untuk mengeluarkan mangsa yang dihempap jengkaut berkenaan.

“Pasukan bomba mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa disebabkan terpaksa menunggu jentera berat lain bagi mengangkat jentolak berkenaan.

“Apabila berjaya mengangkat jengkaut tersebut, anggota bomba kemudian menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ling Hii menambah, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat sejurus mayat mangsa dibawa ke Hospital Serian untuk dibedah siasat,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini