SERIAN – Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap oleh jentera berat yang dikendalikan dalam satu kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Rayang di sini tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Thian Shee Hiun, 70, disahkan meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan dari bawah jentera berkenaan pada pukul 3.22 petang ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima…