KUALA LUMPUR 28 Okt. – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas menyebabkan kenderaan itu hangus terbakar di Kilometer 32.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Shah Alam (Kesas) dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, mangsa berumur 32 tahun dan menaiki kereta jenis Mercedes hangus dalam kejadian kira-kira pukul 2.46 pagi itu.
“Hasil siasatan awal yang dijalankan dipercayai mangsa datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang telah hilang kawalan lalu terbabas menyebabkan keretanya hangus terbakar bersama mangsa.
“Mangsa yang tinggal di Pelabuhan Klang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










