Legenda rap Tupac Shakur masih hidup? - Utusan Malaysia

Legenda rap Tupac Shakur masih hidup?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kecoh di laman sosial ketika ini mengenai berita tentang penyanyi rap legenda, Tupac Shakur yang dikatakan masih hidup dan berada di Malaysia.

Menurut portal Esquire.com, penyanyi yang mati ditembak 22 tahun lalu itu sebenarnya hidup dan bersembunyi di negara ini.

Teori tersebut didedahkan anak kepada pemilik syarikat rakaman Death Row Records, Suge Knights  dalam laman Instagram yang mula kecoh di laman sosial ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kenyataannya itu, Suge Knights Jr mendedahkan bahawa penyanyi era 90-an itu sebenarnya selamat dalam kejadian tembakan tersebut dan berjaya melarikan diri ke luar negara untuk bersembunyi daripada perhatian dunia serta ancaman musuhnya.

Dia turut memuatnaik beberapa status di laman tersebut beserta gambar yang memaparkan Tupac bersama-sama dengan selebtiri lain seperti 50 Cent danjuga Beyonce.

Turut didedahkan gambar video menyerupai Tupac yang memakai jaket merah dan topi beserta kapsyen “Video terkini dari Malaysia”.

Tupac disahkan mati dalam kejadian tembakan di Las Vegas pada 1996. - Foto Getty/Esquire.ComTupac disahkan mati dalam kejadian tembakan di Las Vegas pada 1996. – Foto Getty/Esquire.Com

“Tupac masih hidup, dia tidak pernah tinggalkan kita,” tulisnya di media sosial.

Malah, dia turut mendakwa pihak Illuminati, sebuah organisasi rahsia yang berupaya mengawal dunia cuba untuk menghentikan dakwaannya mengenai Tupac.

Ini bukanlah teori konspirasi pertama melibatkan Tupac yang disifatkan antara penyanyi rap paling berpengaruh di dunia.

Selain didakwa masih hidup dan diseludup dari Amerika Syarikat ke Cuba pada minggu lalu, dia dikatakan tinggal di Somalia, awal tahun ini.

Gambar Tupac bersama penyanyi rap 50 Cent - Foto SugejknightGambar Tupac bersama penyanyi rap 50 Cent dalam laman Twitter Suge Knight Jr. – Sugejknight

Tupac meninggal dunia setelah ditembak di luar sebuah kelab malam di Las Vegas pada 7 September 1996 ketika dalam perjalanan menyaksikan perlawanan tinju antara Mike Tyson dan Bruce Seldon.

Dia yang menaiki kereta BMW ditembak sebanyak empat das dan dikejarkan ke Pusat Rawatan Universiti di mana dia disahkan meninggal dunia enam hari kemudian.

Antara lagu Tupac yang diminati ramai ialah Dear Mama, California Love, Hail Mary dan Hit Em Up.

Malah, Tupac turut menjadi inspirasi kepada ramai artis termasuklah Kendrick Lamar, Eminem, Rihanna dan Lil Wayne. – Esquire.Com

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini