KUALA NERUS 4 Okt. – Saenchai, bekas jaguh dunia yang dianggap legenda dalam sukan tempur Muay Thai, dengan kehebatannya mempamerkan penguasaan ‘seni lapan anggota’ merupakan antara 10 petinju yang akan beraksi dalam kejohanan Cabaran Muay Antarabangsa DSPEX Terengganu, di sini malam esok. Saenchai atau nama asalnya Suphachai Saenpong, 38, yang terkenal dengan keunikan teknik mematahkan lawan akan berdepan dengan jaguh Korea Selatan, Kim Dong Hwan, 27, yang pastinya menjanjikan pertarungan hebat di di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan negeri, Gong Badak. Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Muay Thai Kubang Jela dengan kerjasama Persatuan Muay…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya