KUALA LUMPUR 30 Okt. – Lebih separuh pinjaman baharu yang dibuat kerajaan sepanjang tahun ini bertujuan membayar hutang sedia ada, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. AMIRUDDIN HAMZAH Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, dari Januari sehingga September 2018, jumlah hutang baharu negara adalah RM87.5 bilion dan daripada jumlah itu sebanyak RM46.3 bilion digunakan untuk menampung hutang lama yang telah matang. “Memang sebelum kerajaan bertukar tangan pun sememangnya ini berlaku…










