Lebih 20,000 pengunjung meriahkan Pesta Air Kuala Perlis 2018 - Utusan Malaysia

Lebih 20,000 pengunjung meriahkan Pesta Air Kuala Perlis 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Rakyat negara ini termasuk pelancong tempatan dan antarabangsa tidak melepaskan peluang menghadiri Pesta Air Kuala Perlis 2018 yang berlangsung di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Perlis di sini hari ini.

Pesta tahunan yang sarat dengan aktiviti menarik seperti pukul bantal, panjat tiang licin, menjala ikan, lumba perahu dan cabutan bertuah itu berjaya menggamit kehadiran lebih 20,000 pengunjung.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat hadir bagi menyempurnakan majlis penutup pesta yang diadakan selama dua hari yang bermula semalam itu.

Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Datuk Haslina Abdul Hamid.

Dalam perkembangan berkaitan, Kg. Hujung Tanjung telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan perahu pesta air itu.

Kuala Perlis mempunyai tarikan tersendiri sebagai lokasi pelancongan menarik di negara ini kerana terdapat kelibat ikan lumba-lumba yang dapat dilihat menghampiri pinggir pantai oleh nelayan tempatan. 

Selain itu, majoriti penduduk daerah itu merupakan nelayan yang membekalkan hasil laut kepada 180,000 rakyat negeri itu dengan harga yang berpatutan. –  K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN