KUALA LUMPUR 31 Okt. – Lebih seratus ahli Sekreteriat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan pelbagai NGO lain berhimpun bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung perjanjian Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di hadapan bangunan Parlimen di sini hari ini.
Difahamkan, memorandum itu adalah bagi membantah cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Waytha Moorthy Ponnusamy yang mahukan kerajaan menandatangani ICERD pada Jumaat lalu.
Perhimpunan yang turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu terlebih dahulu berkumpul di Tugu Negara kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum begerak ke Parlimen.
Memorandum tersebut kemudian diserahkan Ketua Sekretariat UMMAH, Aminuddin Yahaya kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Dr. Md. Farid Md. Rafiq. – UTUSAN ONLINE










