Lawatan TPM ke Brussels eratkan hubungan Malaysia-EU - Utusan Malaysia

Lawatan TPM ke Brussels eratkan hubungan Malaysia-EU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, lawatan rasmi beliau ke Brussels untuk menghadiri Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) telah membuahkan hasil dalam mempertingkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU).

Wan Azizah tiba di sini pada Rabu lalu dengan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ke-12 ASEM pada 18 dan 19 Oktober lalu.

Ini merupakan lawatan sulung beliau ke Eropah sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri  pada 21 Mei lepas susulan kejayaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lepas.

Bercakap kepada media sebelum pulang ke Malaysia di akhir lawatannya itu, Wan Azizah berkata, beliau mengadakan pertemuan yang berhasil dengan tiga ketua kerajaan dan seorang Timbalan Perdana Menteri dari EU di samping mengetengahkan serta menjadi pencelah dalam beberapa isu penting pada sidang kemuncak berkenaan.

Wan Azizah mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte; Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar; Perdana Menteri Norway, Erna Solberg dan rakan sejawatan beliau dari Belgium, Jan Jambon. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN