Lawatan penasihat khas ke London tidak guna peruntukan Kementerian Pendidikan - Maszlee - Utusan Malaysia

Lawatan penasihat khas ke London tidak guna peruntukan Kementerian Pendidikan – Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik hari ini menegaskan bahawa lawatan ke luar negara penasihat khasnya, Wan Saiful Wan Jan bersama beberapa pegawai tidak menggunakan peruntukan Kementerian Pendidikan.

“Tidak guna peruntukan kementerian,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas gesaan agar beliau memberikan penjelasan berhubung lawatan penasihat khas menteri itu ke London, United Kingdom.

Isu itu tular selepas Wan Saiful yang juga pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memuat naik beberapa keping gambar di akaun Twitter peribadi beliau mengenai delegasi Kementerian Pendidikan yang dibawa beliau ke London bagi memahami sistem sekolah di sana.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula dilaporkan menyifatkan keadaan itu seolah-olah mengambil alih tugas sedangkan ia adalah tugas menteri dan timbalan menteri.

Maszlee yang ditemui selepas sesi program Meet and Greet Menteri Pendidikan bersama 100 pelajar antarabangsa di Kementerian Pendidikan di sini, bagaimanapun enggan menjawab persoalan tersebut sebaliknya bertanyakan pula Mahdzir mengenai isu projek solar sekolah yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini