KUALA LUMPUR 17 Okt. – Tiada sebarang perbincangan diadakan dengan Parlimen sebelum keputusan larangan merokok di bangunan itu dikuatkuasakan. Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof yang mengakui Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad tidak berbincang dengan beliau terlebih dahulu mengenai keputusan itu. Beliau memberitahu, ada dalam kalangan ahli Parlimen yang datang bertemu dengannya menzahirkan rasa kurang senang dan ada yang membantah keputusan tersebut. “Saya telah jumpa penguat kuasa dan meminta mereka memaklumkan kepada ketua penguat kuasa untuk datang berhubung dengan saya bagi menyelesaikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya