Larangan aktiviti politik Thailand bakal ditarik balik - Utusan Malaysia

Larangan aktiviti politik Thailand bakal ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHIANG RAI 30 Okt. – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-ocha mengesahkan larangan aktiviti politik yang dilaksanakan oleh kerajaan junta sejak 2014 akan ditarik balik pada bulan Disember.

Langkah berkenaan dilakukan menjelang pilihan raya umum pada Mei hadapan.

Ahli pembangkang kerajaan junta berkata larangan tersebut disokong oleh tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggarnya, telah menimbulkan rasa tidak puas hati.

Bulan lalu, Thailand melonggarkan beberapa sekatan bagi memastikan parti politik meneruskan semula persediaan menjelang pilihan raya namun pengharaman perhimpunan lebih daripada lima orang dan kempen politik masih dilaksanakan.

“Kita akan pertimbangkan penarikan larangan tersebut menjelang akhir November atau awal Disember, bergantung pada kesesuaian,” ujar Prayuth. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN