KAJANG – Laporan penuh siasatan kes lemas enam anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sebuah lombong di Puchong dijangka diumumkan sebelum hujung tahun. Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid berkata, siasatan itu sedang dijalankan oleh sebuah jawatankuasa bebas yang dianggotai ahli akademik dan pakar-pakar menyelamat di air. “Jawatankuasa ini bebas dan tidak dipengaruhi oleh JBPM malah tidak ada pegawai JBPM yang menganggotainya. “JBPM bersedia…










