Laporan Kajian Separuh Penggal RMK 11 dedah kejayaan BN - Najib - Utusan Malaysia

Laporan Kajian Separuh Penggal RMK 11 dedah kejayaan BN – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN – Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan oleh kerajaan Khamis lepas mendedahkan kejayaan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata jika dilihat secara makro dan berfakta, majoriti inisiatif yang dibentangkan dalam dokumen itu merupakan usaha yang dimulakan ketika era kerajaan BN.

“Segala kejayaan dalam dokumen dibentangkan adalah termasuk pembangunan bagi mengimbangi antara wilayah, pembangunan menggunakan teknologi hijau dan penekanan  kepada program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Dokumen ini mengiyakan dan mengesahkan apa yang telah kita (kerajaan BN) lakukan atau perkatakan termasuk  penguncupan hutang negara yang telah dapat dikurangkan,” katanya.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penduduk Orang Asli Kampung Menchupu di sini,  hari ini.

Beliau berkata ia jelas membuktikan BN memiliki program dan projek yang spesifik. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN