KUALA LUMPUR 29 Okt.- Pihak polis masih menunggu laporan bedah siasat kedua berhubung kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Allahyarham Nazrin Hassan yang kini memasuki hari ke 21 selepas kuburnya digali semula pada 8 Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, sehingga kini pihak patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) masih lagi menjalankan kajian terhadap kematian Allahyarham Nazrin.
“Kami masih lagi menunggu laporan bedah siasat kedua untuk dilengkapkan dan pihak PPUM masih belum menyerahkannya kepda polis
“Setakat ini, belum ada perkembangan lanjut mengenainya dan siasatan masih berjalan,” katanya.
Fadzil juga memaklumkan tidak boleh mendedahkan jumlah terkini individu yang dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut. – UTUSAN ONLINE










