Lapan wanita ditahan main judi - Utusan Malaysia

Lapan wanita ditahan main judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 31 Okt. – Lapan wanita termasuk enam warga emas ditahan sepasukan anggota polis dari ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) kerana bermain judi secara terbuka di Pasar Awam Kampung Baru dekat sini petang semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 5.50 petang itu, polis ternampak sekumpulan wanita sedang berkumpul dan disyaki bermain judi sebelum merampas 52 keping kad daun terup, tujuh buah kerusi plastik, satu meja buoat dan wang tunai sebanyak RM17,270.

 Ketua Polis Daerah SPT Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, lokasi tersebut adalah kawasan terbuka di pasar awam dan mereka yang ditahan berusia antara 51 hingga 75 tahun.

 “Hasil serbuan terbabit kita menahan lapan wanita termasuk enam warga emas kerana bermian judi di kawasan terbuka dan merampas pelbagai barangan termasuk wang tunai.

 “Kes ini disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN