MADRID 10 Okt. – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala ramai lagi hilang dalam kejadian banjir kilat yang melanda pulau peranginan Majorca di sini, hari ini. Menurut pihak berkuasa, kesemua mangsa termasuk dua rakyat Britain maut di beberapa lokasi antaranya Sant Llorenc des Cardassar, S’Illot dan Arta. Stesen televisyen tempatan menyiarkan rakaman kenderaan yang dihanyutkan banjir dan rumah-rumah yang tenggelam selepas hujan lebat selama beberapa jam di pulau itu. Seorang saksi,…










