PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran warga asing yang menawarkan perkhidmatan seks dengan menggunakan aplikasi WeChat di dua buah premis sekitar Puchong Jaya semalam. Dalam serbuan pada pukul 1.45 pagi itu, seramai 45 wanita warga asing terdiri daripada 44 warga Vietnam dan seorang warga Indonesia ditahan. Sindiket tersebut didapati menyediakan bilik untuk aktiviti seks yang telah dihiasi dengan tema kartun seperti Hello Kitty, Pikachu dan Doraemon. Para pelanggan juga dikenakan bayaran bermula dari RM155 untuk mendapat perkhidmatan seks selama 45 minit. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya