KOTA BHARU 25 Okt. – Jabatan Pendidikan negeri akan melaksanakan konsep ‘Rumah Ngaji’ yang menekankan tiga aspek iatu baca, faham dan amal di semua sekolah di negeri ini mulai tahun hadapan. Pengarah Pendidikan negeri, Muhammad Zahari Othman berkata, kesemua 595 buah sekolah menengah dan rendah termasuk sekolah yang menempatkan pelajar Orang Asli diminta mewujudkan sudut dan kelab mengaji al-Quran agar budaya membaca dan memahami kitab suci itu disemarakkan di kalangan…










