Kutipan bayaran PTPTN menurun - Utusan Malaysia

Kutipan bayaran PTPTN menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jumlah kutipan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencatatkan penurunan selepas tindakan mengeluarkan senarai hitam peminjam dilaksanakan.

Selepas tindakan senarai hitam dihapuskan mulai Jun hingga September 2018, jumlah kutipan bayaran balik PTPTN yang diterima adalah sebanyak RM817.56 juta berbanding RM1,324.43 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2017.

Bagaimanapun, dakwa Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, tindakan itu bukan sebab utama kerana kerajaan Barisan Nasional turut mempengaruhi jumlah pengurangan kutipan PTPTN.

Katanya, tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanjangkan tempoh pe­nangguhan bayar balik daripada enam bulan kepada 12 bulan ketika pembentangan Bajet 2018 antara faktor berlakunya penurunan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN