Kurangkan duit belanja ibu - Utusan Malaysia

Kurangkan duit belanja ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selepas suami meninggal dunia, anak-anak mahu mengurangkan pemberian wang belanja bulanan kepada saya dengan alasan saya mendapat wang pencen peninggalan arwah suami.
Apa pandangan ustaz dalam hal ini?

Yati, Kuala Lumpur.

UKE: Kewajiban anak ialah berbuat baik kepad ibu bapa dan mentaati mereka sehinggakan menuturkan kata-kata “Ah” sekalipun adalah dilarang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apabila ibu bapa telah tua maka anak-anak hendaklah berbakti dan menyantuni mereka sebaik-baiknya kerana keredaan Allah SWT terletak pada keredaan ibu bapanya.

Kalau mereka pun kurang kemampuan maka ada baiknya anda memahami keadaan mereka dan alhamdulillah anda mendapat pencen suami.

Cuma nasihat saya kepada anak-anak anda, kenapa begitu berkira dengan ibu sendiri? Tidak terbalas jasa ibu ayah yang mereka curahkan kepada anak-anak walaupun anak-anak memberikan belanja sejuta sehari sekalipun.

Berbuat baiklah kepada ibu dan bahagiakanlah ibu selagi dia masih hidup. Tidak akan menjadi miskin anak-anak yang membantu ibu bapanya.

 

Solat tapi tak faham bacaan

Kalau orang Arab mungkin mereka faham bacaan semasa solat. Tetapi sebahagian besar orang Islam di Malaysia tidak faham maksud ayat yang dibaca. Apakah hukumnya solat tetapi tidak faham apa yang diungkapkan dalam solat?

* Sahir, Tanjung Malim.

UKE: Selagi rukun dan syarat sah sembahyang dipatuhi maka hukumnya sah solat tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini