JAKARTA 30 Okt. – Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia telah mengeluarkan kronologi nahas pesawat Lion Air JT 610 di Karawang.
Kejadian itu berlaku tidak lama selepas pesawat berkenaan berlepas dari lapangan terbang Soekarno-Hatta menuju lapangan terbang Depati Amir Pangkalpinang.
“Pesawat berlepas dari lapangan terbang Soekarno-Hatta sebagaimana dimaklumkan oleh Jakarta Air Traffic Controller (Jakarta Control),” kata Jurucakap jawatankuasa itu sebagaimana dilaporkan oleh Detik.com, semalam.
Pesawat berlepas sekitar pukul 06.20 WIB dan dijangka tiba di Pangkalpinang pukul 07.20 WIB. Pesawat membawa 189 orang.
Berikut ini kronologi jatuhnya pesawat Lion Air JT 610:
Pukul 06.20 WIB
Pesawat berlepas dari Jakarta dan dijangka tiba di Pangkalpinang pada pukul 07.20 WIB.
Pukul 06.22 WIB
Pilot menghubungi Jakarta Control dan memaklumkan masalah flight control ketika terbang pada ketinggian 1,700 kaki dan meminta naik ke ketinggian 5,000 kaki. Jakarta Control mengizinkan pesawat naik ke 5,000 kaki.
Pukul 06.32 WIB
Jakarta Control terputus hubungan dengan pesawat bernombor pendaftaran PK-LQP itu.
Pukul 08.00 WIB
Jawatankuasa mendapat maklumat daripada pihak Lion Air mengenai kejadian dimaksudkan. Jawatankuasa menubuhkan pusat operasi untuk berkerjasama dengan pihak Lion Air, Badan Operasi Mencari dan Menyelamat Nasional, AirNav Indonesia, Jabatan Perhubungan Laut dan pelbagai pihak lain.










