Krisis Sri Lanka : Seorang maut, dua cedera - Utusan Malaysia

Krisis Sri Lanka : Seorang maut, dua cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO 28 Okt.- Krisis yang melanda Sri Lanka sejak pemecatan Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe mencetuskan insiden kehilangan nyawa sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut ditembak mati dan dua lagi cedera.

Polis berkata, pengawal peribadi seorang menteri Kabinet Sri Lanka yang bersekutu dengan Wickremesinghe telah melepaskan tembakan di dalam pejabat kementerian.

Tiga telah tercedera namun seorang lelaki berusia 34 tahun maut sejurus selepas kejadian.

Ini adalah kematian pertama sejak Presiden Maithripala Sirisena memecat Wickremesinghe pada Jumaat lalu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN