Krisis Sri Lanka berlanjutan, bekas presiden Rajapaksa angkat sumpah PM - Utusan Malaysia

Krisis Sri Lanka berlanjutan, bekas presiden Rajapaksa angkat sumpah PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO 27 Okt. – Ketua Pembangkang Sri Lanka Mahinda Rajapaksa dilantik sebagai Perdana Menteri pada Jumaat selepas Presiden Maithripala Sirisena memecat penyandang jawatan tersebut dalam satu langkah mengejut yang sekaligus menyaksikan kegawatan politik di negara Lautan Hindi tersebut.

Rajapaksa, bekas presiden pro-China, mengantar berbilion dolar pelaburan dari Beijing untuk membantu membina semula Sri Lanka selepas berakhirnya perang saudara selama 26 tahun terhadap pemisah Tamil pada tahun 2009.

Tetapi sejak itu, pelaburan tersebut meletakkan pulau kecil itu dalam hutang dan memaksa Sri Lanka menyerahkan kawalan pelabuhan selatan yang strategik kepada China, yang dilihat sebagai sebahagian daripada Inisiatif Belt and Road Beijing sehingga mengundang kritikan dari India dan Amerika Syarikat.

Presiden Sirisena mengetuai angkat sumpah jawatan Perdana Menteri kepada Rajapaksa selepas memecat Ranil Wickremesinghe yang terpaksa pergi ke selatan negara itu selepas konflik selama berbulan-bulan.

Wickremesinghe bagaimanapun memberitahu wartawan bahawa dia tetap Perdana Menteri Sri Lanka. “Saya mempunyai majoriti dan saya kekal sebagai perdana menteri dan saya akan berfungsi sebagai perdana menteri,” kata Wickremesinghe.

Di bawah Perlembagaan Sri Lanka yang bermodelkan  sistem pemerintahan Perancis, presiden mempunyai kuasa eksekutif manakala perdana menteri mengetuai Parlimen.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN