KPI lapangan terbang 85 peratus OTP bermula tahun hadapan - Utusan Malaysia

KPI lapangan terbang 85 peratus OTP bermula tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Bagi memastikan perkhidmatan dan kecekapan lapangan terbang di negara ini berada dalam keadaan baik, Kementerian Pengangkutan telah menetapkan Petunjuk Nilai Prestasi untuk On Time Performance (OTP) mencapai 85 peratus bermula tahun hadapan.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, menerusi OTP itu, setiap penerbangan perlu berlepas dalam tempoh 15 minit selepas waktu ditetapkan, dan sekiranya melebihi tempoh itu ia sudah dikira lewat.

“Buat masa ini purata kadar OTP yang ditunjukkan oleh lapangan terbang dalam negara ada kira-kira 80 peratus dan kita tidak meletakkan sasaran 100 peratus kerana tahu ada hal-hal di luar jangkaan seperti keadaan cuaca.

“Tetapi sasaran sekurang-kurangnya 85 peratus itu sesuai dan harap dapat dicapai hasil kerjasama daripada semua pihak yang terbabit,” katanya kepada media selepas ditemui pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal Ke-18 di sini hari ini. 

Anthony berkata, antara perkhidmatan lain yang dititik beratkan kementerian ialah tahap kebersihan tandas di setiap lapangan terbang. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN