KEMAMAN – Sebuah syarikat minyak dan gas di Kerteh dekat sini diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu hari ini kerana disyaki menggunakan salinan perisian cetak rompak. Serbuan yang dilakukan pada pukul 1.30 petang itu berjaya merampas dua salinan perisian dipercayai cetak rompak terbabit yang dianggarkan bernilai RM316,000. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Terengganu, Zulfahmy Mat Udi berkata, operasi tersebut dilakukan selepas menerima aduan daripada…










