KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas 4,700 pasang selipar tiruan bernilai RM47,000 dalam serbuan ke atas dua premis pemborong sekitar Kota Bharu semalam. Timbalan Pengarahnya, Firdus Zakaria berkata, operasi berkenaan dilaksanakan hasil aduan pemilik cap dagangan jenama terbabit berhubung penjualan selipar tiruan jenama mereka. “Operasi yang dijalankan mendapati dua premis tersebut membekalkan selipar jenama berkenaan yang disyaki tiruan kepada peniaga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Firdus berkata, siasatan mendapati bekalan selipar tiruan itu dipercayai diambil dari negara jiran melalui orang tengah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya