Komander dan dua adik-beradiknya ditahan kes samun tekong bot - Utusan Malaysia

Komander dan dua adik-beradiknya ditahan kes samun tekong bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Polis menahan seorang pegawai sebuah agensi penguat kuasaan berpangkat komander yang dipercayai menjadi dalang dalam rompakan satu tan sotong dan wang tunai daripada tekong bot warganegara Vietnam di perairan Rompin dekat sini, Rabu lepas. 

Ketua Polis Daerah Rompin Timbalan Penguasa Azli Mohd. Noor berkata, suspek berusia 30 tahun dan bertugas di Kemaman, Terengganu itu ditahan bersama dua adik-beradiknya dan dua beranak yang disyaki turut terlibat dalam jenayah tersebut.

Katanya, abang kepada suspek utama berusia 31 tahun ialah seorang guru di Bentong manakala adiknya yang berusia 28 tahun bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah agensi berkaitan kelapa sawit.

Dua lagi suspek ialah nelayan berusia 20 tahun dan bapanya yang berumur 56 tahun, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

“Semua mereka disyaki terlibat dalam kegiatan samun yang melibatkan tekong bot Vietnam yang dikatakan telah menghubungi pemilik bot itu pada pukul 3.14 pagi, Rabu lalu bagi memaklumkan seorang lelaki meminta wang tunai RM10,000 sebagai balasan untuk tidak diganggu. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN