Kolej Anggerik UiTM anjur pertandingan Dota 2 Sabtu ini - Utusan Malaysia

Kolej Anggerik UiTM anjur pertandingan Dota 2 Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 21 Okt. – Kolej Anggerik Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan pertandingan permainan video, Dota 2 di Dewan Annexe universiti itu di sini pada 27 Oktober ini.

Pengarah program tersebut, Elina Ilias berkata, pertandingan terbuka kepada penghuni kolej itu dan warga UiTM.

“Pertandingan ini semakin popular di seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Sehubungan itu, kita menyeru kepada pahlawan-pahlawan papan kekunci untuk menyertai pertandingan ini, minggu depan,” katanya di sini, hari ini.

Elina menammbah, setiap pasukan mempunyai lima peserta dan yuran pendaftaran adalah RM50 bagi setiap pasukan.

Menurutnya, juara bakal membawa pulang wang tunai RM500 serta hamper.

“Kita berharap dengan adanya program sebegini dapat mewujudkan mahasiswa dan mahasiswi yang terdedah dengan dunia multimedia secara lebih luas selain aktif dalam kegiatan di universiti,” katanya.

Warga UiTM yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh hubungi talian 012-6944423. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN