Klopp tidak sanggup kehilangan Henderson - Utusan Malaysia

Klopp tidak sanggup kehilangan Henderson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HUDDERSFIELD – Pe­ngurus Liverpool, Jurgen Klopp berharap Jordan Henderson tidak berdepan masalah kecederaan serius apabila dia terpaksa dibawa keluar ketika berdepan Huddersfield Town kelmarin.

Dalam aksi di Stadium John Smith tersebut, The Reds memperoleh gol tunggal awal menerusi sentuhan Mohamed Salah untuk mencatat kemenangan 1-0 sebelum Henderson terpaksa dikeluarkan sebaik memasuki babak kedua perlawanan apabila berdepan masalah hamstring.

Ketika ini, Naby Keita dan Sadio Mane turut berdepan masalah yang sama sementara Salah, James Milner dan Virgil van Dijk tetap disenaraikan dalam kesebelasan utama meskipun mereka belum pulih sepenuhnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya harap kecederaannya tidak serius kerana kami telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengeluarkannya lebih awal.

“Meskipun dia boleh untuk meneruskan permainan dan ia adalah petanda yang baik, namun saya tetap mengambil keputusan untuk melakukan pertukaran dan berharap kece­deraan tersebut tidak akan bertambah serius,” kata Klopp.

Ia merupakan aksi keenam tanpa bolos Liverpool untuk kempen Liga Perdana England (EPL) musim ini, namun ia tetap tidak memberikan kepuasan buat Klopp apabila The Reds kini mengumpul mata yang sama bersama pasukan pendahulu, Manchester City.

“Saya tidak kecewa tetapi menjangkakan kami dapat me–l­a­­ku­kan sesuatu yang lebih baik pada aksi kali ini dan berharap dapat mencapainya selepas ini.

“Ia tetap permulaan yang baik apabila dapat mengutip 23 mata selepas berdepan sembilan perlawanan dan mungkin ia adalah kali pertama dalam hidup saya sebagai jurulatih. Bagaimanapun, saya berharap pemain akan terus melakukan peningkatan selepas ini untuk mencatatkan keputusan yang lebih baik,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini