KUALA LUMPUR 24 Okt. – Tindakan kerajaan negeri Kelantan meminta kerajaan Persekutuan memulangkan kutipan cukai dan hasil negeri tidak sepatutnya disamakan dengan perbuatan meminta sedekah. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan Persekutuan perlu memberi lebih banyak peruntukan kepada kerajaan negeri bagi mewujudkan pembangunan dan prasarana, mencipta peluang pekerjaan serta pelaburan untuk dinikmati bersama. “Ini kewajipan kerajaan Persekutuan, bukan makna kerajaan negeri minta sedekah kerana rakyat semua negeri…










