Manggis adalah buah tempatan daripada famili Guttiferae dan nama saintifiknya Garcinia mangostana. Buah bermusim ini sangat digemari ramai disebabkan rasanya yang manis. Isi buah manggis berwarna putih, kulitnya berwarna ungu gelap manakala saiz dan rupa biji manggis seperti biji badam. Buah manggis juga dikenali permaisuri segala buah kerana di atas kulit luarnya mempunyai bentuk seperti mahkota. Disebabkan rupa manggis yang unik, ada peribahasa Melayu yang berbunyi hitam-hitam si tampuk manggis,…










