MAKHACHKALA, Rusia – Semangat setia kawan petinju profesional Rusia, Khabib Nurmagomedov terbukti apabila menyarankan pihak Ultimate Fighting Championship (UFC) dan Suruhanjaya Atlet Nevada (NAC) untuk menyimpan wang kemenangannya. Kenyataan tersebut dibuat sebagai maklum balas kepada tindakan berat sebelah dua badan berkenaan yang dikhabarkan akan mengharamkan rakan sepasukannya, Zubaira Tukhugov daripada sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA). Atlet berusia 30 tahun tersebut turut mengancam akan meninggalkan UFC jika syarikat kendalian Dana…










