Khabib tampil cabar Mayweather - Utusan Malaysia

Khabib tampil cabar Mayweather

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEVADA, Amerika Syarikat – Selepas melakar kemenangan dengan menundukkan nama besar dalam sukan tempur campuran (MMA), Conor McGregor hujung minggu lalu, kini Khabib Nurmagomedov tampil mencabar jaguh tinju dunia, Floyd Mayweather untuk turun ke ge­langgang.

Khabib melontarkan cabaran itu menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman Instagram milik promoter Mayweather, Leonard Ellerbe dengan mencabarnya untuk bertarung.

“Mari Floyd, kita perlu bertarung sekarang kerana kita berdua masih belum pernah tewas, 50-0 menentang 27-0 kerana dalam ‘hutan’ hanya perlu ada satu raja.

“Namun, sudah semestinya saya adalah raja itu kerana kamu (Maywea­ther) tidak dapat me­numbangkan McGregor tapi saya berjaya menewaskannya dengan mudah. Marilah,” kata Khabib.

Tahun lalu, Mayweather tidak berupaya untuk menumbangkan McGregor dan memerlukan 10 pusingan untuk mengatasi petinju Ireland itu menerusi keputusan teknikal knockout (TKO).

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada cabaran Khabib itu untuk pertarungan tinju atau di gelanggang Ultimate Fighting Championship (UFC).

Ketika ini, Khabib dan McGregor digantung buat sementara waktu oleh Suruhanjaya Atlet Nevada (NAC) yang mahu melakukan siasatan mengenai kekecohan yang berlaku pada pertarungan UFC di Las Vegas minggu lalu. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN