Keupayaan TUDM ditunjukkan secara langsung di Kuching - Utusan Malaysia

Keupayaan TUDM ditunjukkan secara langsung di Kuching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING, 27 Okt 18 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini mempamerkan keupayaan mereka secara langsung kepada masyarakat di sini sebentar tadi.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pendekatan tersebut dibuat bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang keupayaan dan tatacara kerja mereka.

“Masyarakat kita akan sentiasa mengetahui perkembangan keupayaan terbaharu aset dimiliki kepada orang awam.

“Sambutan hangat diterima yang mana sekitar pukul 8.30 pagi tadi jalan telah sesak untuk ke sini,” katanya ketika sidang akhbar pada Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Kuching sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong.

Hari Terbuka TUDM itu bersempena ulang tahun ke-60 mereka telah menarik lebih 10,000 orang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program sebegitu perlu dilakukan berterusan yang akan diadakan lagi samaada satu atau dua lokasi pada tahun hadapan.

Sementara itu, mengulas mengenai tahap aset TUDM, Affendi memberitahu, sekiranya aset mereka tenat maka program seperti itu tidak dapat dijalankan.

“Kita mempunyai perancangan masa hadapan untuk menentukan aset-aset beroperasi secara optimum.

“Masalah sekarang adalah peruntukan yang tidak mencukupi menyebabkan perancangan itu menghadapi cabaran agak besar,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, melalui peruntukan yang lebih sedikit diterima berbanding tahun lalu, pihaknya dapat mengekalkan keupayaan TUDM. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN