Keterbukaan pemimpin UMNO - Utusan Malaysia

Keterbukaan pemimpin UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 29 Okt. – Pemimpin UMNO khususnya Setiausaha Agung parti itu, Tan Sri Annuar Musa telah menunjukkan keterbukaan mereka mendokong demokrasi serta mengiktiraf Perdana Menteri yang dipilih rakyat.

NIK SAIFUL ADLI BURHAN
NIK SAIFUL ADLI BURHAN 

Pengerusi Kluster Kluster Perundangan Kehakiman dan Reformasi Parlimen Pemuda UMNO, Nik Saiful Adli Burhan berkata, sudah tiba masanya semua pihak berhenti berpolitik semata-mata tanpa memikirkan soal rakyat.

Beliau berkata, rakyat tidak mahu ‘menonton perlawanan’ di Parlimen kerana mereka memilih pemimpin untuk berkhidmat untuk negara.

“Saya tertarik dengan kenyataan Annuar di Parlimen hari ini mengenai pendirian peribadi beliau supaya pembangkang memberi peluang kepada Perdana Menteri merancang dan melaksanakan dasar negara tanpa gangguan politik yang tidak sihat.

“Meskipun beliau hanya menyatakan pandangan peribadi, namun ianya saya lihat sebagai keterbukaan beliau mendokong demokrasi, mengiktiraf Perdana Menteri yang dipilih rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Annuar mengakui memang terdapat dalam kalangan Ahli Parlimen dari UMNO yang dilamar untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Parlimen Ketereh itu turut mengakui pihaknya mempertimbangkang perkara tersebut kerana memahami Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terlalu lemah namun  UMNO ada tanggungjawab yang lebih besar seperti wakil rakyatnya dipilih kerana menggunakan logo Barisan Nasional (BN).

Nik Saiful Adli berkata, UMNO tidak akan mengikut jejak langkah pembangkang terdahulu yang berterusan menghentam sistem demokrasi apabila gagal memenangi hati rakyat.

“UMNO juga mengambil pendirian tidak mengkritik sistem perundangan dan kehakiman sebagai tidak adil, sebaliknya membenarkan mahkamah mengadili semua kes termasuk melibatkan pemimpin UMNO sendiri.

“Sama juga ianya terbukti apabila kita tidak memilih untuk berdemonstrasi membuat huru hara dan berdisiplin dalam membahaskan pandangan.

“Semalam Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengajak Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq berdialog membincangkan isu ketuanan Melayu apabila ada percanggahan pendapat antara kedua-dua pemimpin muda parti” katanya.

Tambahnya, Asyraf Wajdi tidak menganjurkan debat, tetapi satu perbincangan ilmiah untuk penjelasan kepada umum dan ini terbukti pembangkang lebih terbuka dan matang dalam sesuatu isu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN