Kesihatan Muhyiddin 60 peratus pulih - Utusan Malaysia

Kesihatan Muhyiddin 60 peratus pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH 27 Okt. – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu kesihatan beliau kini sudah menjangkau 60 peratus pulih selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas sebelum ini.

Ahli Parlimen Pagoh dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, beliau sudah menyelesaikan empat proses kemoterapi dan masih mempunyai empat lagi proses itu yang perlu dilakukan.

“Saya sebenarnya sudah lama tak berucap namun hari ini saya ingin memberitahu rakyat Pagoh keadaan kesihatan terkini saya. Alhamdullilah, kesihatan saya sudah 60 peratus pulih.

“Saya disahkan doktor mengalami kanser pankreas tahap pertama atau peringkat awal dan dinasihatkan membuang ketumbuhan yang ada, pankreas saya dipotong 40 peratus begitu juga deodenum dan saluran hempedu (bile duct) turut dipotong,” katanya ketika Majlis Ramah Mesra Menteri Dalam Negeri serta Ahli Parlimen Pagoh di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abd. Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri,  Dr. Sahruddin Jamal.

Menurut Muhyiddin, beliau mendedahkan keadaan kesihatan terkininya itu bukan sahaja sebagai iktibar kepada masyarakat malah bagi memaklumkan beliau kini sudah bersedia sepenuhnya untuk terus bekerja dan berbakti kepada rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN