Kesaksamaan pembangunan sukan di luar bandar dan di bandar - Utusan Malaysia

Kesaksamaan pembangunan sukan di luar bandar dan di bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR – Pembangunan sukan di kawasan luar bandar adalah penting dalam usaha Kementerian Belia dan Sukan meningkatkan penglibatan kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dalam sukan, kata Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, usaha itu memberikan peluang seluasnya kepada rakyat dalam kumpulan B40 untuk memajukan diri dalam sektor sukan selain memberikan ruang kepada kumpulan itu terutama golongan remaja terlibat dalam aktiviti hidup yang sihat.

“Tidak adil sekiranya pembangunan sukan itu hanya berfokus kepada kumpulan M40 (isi rumah berpendapatan pertengahan) dan T20 (isi rumah berpendapatan tertinggi), justeru perlu ada kesaksamaan pembangunan sukan di luar bandar dengan di bandar.

“Johor misalnya pembangunan sukan itu tertumpu kepada kawasan selatan, jadi Saddiq hendak bawakan pembangunan itu ke kawasan utara terutama di Muar ini supaya semua B40, M40 dan T20 nikmati pembangunan ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Motivasi Bersama Ikon 2018 di Bakri di sini dihadiri lebih 100 pelajar sekolah seluruh daerah Muar. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN