KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kes saman kartunis Zunar terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan atas dakwaan menahannya secara salah dan merampas buku karyanya pada satu majlis kira-kira dua tahun lalu, selesai. Penyelesaian itu menurut peguam Latheefa Koya yang mewakili Zunar direkodkan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Menurut peguam itu, pihak polis bersetuju memulangkan semula barang rampasan iaitu baju- T dan…










