Kes jenayah komersial di Terengganu meningkat - Utusan Malaysia

Kes jenayah komersial di Terengganu meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 172 kes berkaitan jenayah komersial yang melibatkan kerugian sehingga RM4.15 juta dikesan di Terengganu bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, jumlah itu meningkat kira-kira 28 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 134 kes dengan jumlah kerugian sebanyak RM1.71 juta.

Katanya, daripada 172 kes berkenaan, 98 kes melibatkan penipuan oleh Macau scam manakala e-belian (jualan dalam talian) sebanyak 37 kes serta ‘love scam’ dan ‘parcel scam’, juga 37 kes.

“Mereka ini bergerak dalam sindiket yang didalangi tiga kumpulan terdiri daripada orang tempatan, Afrika Selatan atau China,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Allaudeen Abd Majid dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superitendan Mohd Rawi Ab Ghani. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN