Kerjasama Mediu, ICYM dalam program akademik berbahasa Arab - Utusan Malaysia

Kerjasama Mediu, ICYM dalam program akademik berbahasa Arab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 21 Okt. – Al-Madinah International University (Mediu) dan International College of Yayasan Melaka (ICYM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) di Melaka bagi kerjasama dalam bidang akademik khusus bagi program ijazah sarjana muda dalam bahasa Arab.

Ketua Eksekutif Mediu, Profesor Emeritus Dr. Ismawi Zen berkata, kerjasama tersebut akan memberi satu impak amat besar dan bermanfaat kepada universitinya.

“Ia juga memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk melebarkan sayap masing-masing dalam bidang pendidikan tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, ICYM diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Saroni Judi.

Ismawi menambah, pihaknya amat mengalu-alukan kerjasama tersebut dan berharap usahasama strategik sedemikian mampu membawa kepada pembentukan program berimpak tinggi pada masa depan.

“Secara amnya, saya amat berharap agar Mediu dan ICYM dapat menjalankan kerjasama yang boleh membawa kepada transformasi dalam pembangunan kedua-dua institusi.

“Kini tiba masa untuk institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara bekerjasama lebih erat demi memastikan hasrat kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan bertaraf dunia dapat direalisasikan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN