SEREMBAN 31 Okt. – Seorang peniaga minyak wangi kenderaan berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya tiba-tiba terbakar di Kilometer 276, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara hari ini. Dalam kejadian pukul 10.09 pagi berhampiran Plaza Tol Nilai itu, peniaga tersebut, Ahmad Supian Abdul Jadit, 40, sempat menyelamatkan diri namun, kesemua 96 botol minyak wangi dibawanya serta kereta jenis Citroen Berlingo 2.0 musnah. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban…










