Kereta nasional baharu 
di pasaran menjelang 2020 - Utusan Malaysia

Kereta nasional baharu 
di pasaran menjelang 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA 4 Okt. – Kereta nasional 3.0 yang berasaskan teknologi semiautonomous atau pemanduan sendiri akan mula berada di pasaran menjelang 2020.

Mohd. Redzuan Yusof

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Yusof berkata, kereta baharu yang dibangunkan sepenuh­nya oleh sektor swasta itu merupakan projek kereta nasional baharu hasil idea Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, katanya, kerajaan akan memberi peluang dan kepercayaan kepada kepakaran golongan muda untuk terlibat sepenuhnya dalam pembuatan kereta nasional baharu tersebut.

“Mengikut jangkaan Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), prototaip untuk model ini dijangka siap awal tahun depan.

“Buat masa ini kami telah menyenaraikan dua hingga tiga rakan kongsi strategik yang akan menyertai projek ini termasuk Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. (CTRM) dan Silterra Malaysia Sdn. Bhd,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Presiden dan juga Ketua Eksekutif MIGHT, Datuk Dr. Mohd. Yusoff Sulaiman mengenai projek kereta nasional baharu, di sini hari ini.

Mohd. Redzuan yakin projek kereta baharu itu akan merancakkan semula industri automotif negara dan sekali gus menyokong industri komponen ke arah memacu perusahaan kecil dan sederhana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini