Kereta bertembung, dua pemandu tersepit 25 minit - Utusan Malaysia

Kereta bertembung, dua pemandu tersepit 25 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Dua pemandu kereta nyaris maut selepas kenderaan dipandu mereka bertembung dalam satu kemalangan di Parit 12 Bagan Terap, di sini, pagi tadi.  

Kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dengan Proton Wira Sedan masing-masing dipandu pemandu wanita dan lelaki.

Kedua-dua pemandu berkenaan dipercayai tersepit kira-kira 25 minit sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam, Pengawai Bomba Kanan I Sabri Dahali, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.56 pagi dan sepasukan tujuh anggota bomba dengan sebuah jentera FRT dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati pemandu wanita berusia 26 tahun tersepit dibahagian tempat duduk kereta jenis Proton Wira Aeroback dan mangsa mengalami kecederaan patah kaki dan peha kanan.

“Pemandu lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang memandu kereta Proton Wira Sedan pula mengalami patah bahagian tapak kaki kiri,”katanya di sini hari ini.

Sabri berkata, anggota bomba mengambil masa 15 minit bagi mengeluarkan mangsa wanita dan 10 minit bagi mangsa lelaki dengan menggunakan peralatan khas ‘power rescue unit’.

Katanya, mangsa wanita dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang manakala mangsa lelaki dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah di sini untuk rawatan selanjutnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN