KUALA LUMPUR 14 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya dilihat membuat penjenamaan semula terhadap setiap dasar atau pembangunan yang telah dilaksanakan kerajaan terdahulu. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun membuat penjenamaan semula, kerajaan PH tetap mengambil kredit atau nama di atas apa yang telah dilaksanakan. Namun, katanya, apa yang penting adalah rakyat masih mendapat manfaat dan menikmati kemudahan daripada inisiatif kerajaan terdahulu. “Kerajaan hari ini…










