KUALA LUMPUR – Kerajaan mempelawa pembuat kereta Jerman untuk menyertai projek kereta nasional ketiga, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Timbalan Menteri, Dr Ong Kian Ming berkata terdapat banyak syarikat kereta Jerman yang berjaya dalam segmen kenderaan pemasangan tempatan (CKD) yang dilengkapi banyak kandungan yang diperbuat dalam negara. “Sekiranya syarikat automotif Jerman berminat untuk meneroka peluang dalam projek kereta nasional ketiga ini, kita bersedia dan terbuka kepada cadangan mereka,”…










