KUALA LUMPUR – Jabatan Audit Negara telah diminta menjalankan audit sepenuhnya tentang jumlah sebenar peruntukan kerajaan untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat India di bawah Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India (MIB) yang benar-benar sampai kepada komuniti itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkata, walaupun kerajaan sebelum ini telah mencadangkan pelbagai pembangunan sosioekonomi masyarakat tersebut melalui pelan tindakan itu, namun tidak semua peruntukan sampai kepada rakyat. “Oleh sebab itu, kerajaan yang baharu telah mengarahkan Jabatan Audit Malaysia membuat audit untuk mencari kebenaran berhubung jumlah yang sebenarnya sampai kepada…










